Wednesday, 18 February 2015

pengertian cinta, rindu dan sayang

pengertian cinta , rindu , dan sayang

Disini saya mahu berkongsikan apa itu erti sayang,rindu dan cinta ..


Cinta....
Cinta adalah satu perasaan yang lahir dari hati secara tulus dan tidak meminta untuk
dilukai. Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama..
Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.


Rindu....
Rindu itu ialah CINTA YANG BERLEBIHAN, dan ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kerendahan hati..


Sayang
sayang adalahPerkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.
Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.


KESIMPULANNYA.... FAHAMILAH ANTARA 3 ELEMENT ELAMET PERASAAN INI ..
MUGKIN AGAK BERDEKATAN PERASAAN INI, TAPI BERLAINAN MAKNANYA             

Akhir kata dari saya.. untuk jadi pencinta yang sempurna, kita perlu ada 3 perasaan ini.. bila kita cinta kita rindu dan kita sayang seseorang tu, baru kita akan faham apa itu erti cinta sebenar....





1 comment:

Unknown said...

Kalau dia merasakan sayang tapi tidak pada cinta bagaimana?